Saturday, June 26, 2010

JUARA 2006 ITALI TERSINGKIR

Juara bertahan, Itali tersingkir dari saingan Piala Dunia selepas Slovakia menempah tiket ke pusingan kalah mati menerusi perlawanan yang menarik di Ellis Park. Dua gol Robert Vittek meletakkan Slovakia selesa untuk meraih kemenangan namun jaringan Antonio Di Natale menaikkan semangat Itali dan jaringan Fabio Quagliarella mampu menjadikan kedudukan 2-2 namun undang – undang ofsaid menafikan jaringan tersebut. 


Pemain gantian, Kamil Kopunek membunuh harapan Itali dengan menjarakkan lagi kedudukan kepada 3-1 ketika baki perlawanan hanya tinggal seminit tetapi semangat sang juara tidak punah selepas Quagliarella merapatkan kedudukan untuk memberi harapan kepada jutaan peminat Itali. Bagaimanapun Itali gagal memburu gol penyamaan yang boleh menyelamatkan mereka daripada pulang awal walaupun Simone Pepe mempunyai peluang keemasan. Keputusan ini merupakan pertama kali dalam sejarah Piala Dunia di mana dua finalis daripada edisi sebelumnya gagal melepasi peringkat kumpulan iaitu Itali dan Perancis. –Bolasepak.com

http://www.bolasepak.com/content.php/1220-Juara-dunia-Itali-tersingkir

2 comments:

  1. kecewa giler dgn Italy..dh last minit bru nk bersungguh cari gol..apadaaa..haish....

    ReplyDelete

klik disini

cerita2 yang lain:

Related Posts with Thumbnails