Tuesday, June 22, 2010

PORTUGAL 'MEMBELASAH' TERUK KOREA UTARA

       Portugal mempersembahkan permainan yang menakjubkan untuk meraih kemenangan pertama mereka dan kemenangan terbesar pertama pada Piala Dunia kali ini dengan membelasah Korea Utara 7-0 dan sekaligus menghancurkan harapan wakil asia itu. Setelah gagal bermain dengan cemerlang pada perlawanan pertama bertemu Ivory Coast, anak buah Carlos Queiroz perlu melakukan sesuatu terhadap Korea Utara kerana mereka perlu bertemu Brazil dalam pertemuan selanjutnya. Portugal memulakan rentak mereka menerusi jaringan tunggal babak pertama oleh Raul Meireles sebelum Simao Sabrosa, Hugo Almeida dan Tiago menambah tiga lagi gol dalam masa kurang lapan minit pada babak kedua.Liedson dan Cristiano Ronaldo juga tidak ketinggalan menjaringkan gol diikuti Tiago menjaringkan gol keduanya pada minit akhir.Pada minit ke-87, Ronaldo menembusi pertahanan lawan dan bola yang melantun selepas terkena penjaga gol Ri Myong-guk itu kemudian meleret di belakang Ronaldo sebelum jatuh ke laluannya untuk mudah baginya menolak masuk.


“Gol saya memang kelakar tapi saya amat gembira. Gol tetap gol. Untuk menjaringkan tujuh gol dalam perlawanan Piala Dunia bukan mudah. Saya mesti memuji rakan pasukan saya, mereka bermain dengan begitu hebat,” kata Ronaldo. Portugal bermain dengan harapan untuk menjarakkan lagi kedudukan dengan pencabar mereka, Ivory Coast iaitu dibawah pimpinan kaptennya,drogba menerusi perbezaan jaringan dan mereka berjaya melakukannya dengan membelasah korea utara 7-0. 


Keputusan ini merupakan kali kedua Portugal pernah menjaringkan gol lebih dari dua gol dalam Piala Dunia sejak 1966.Syabas buat portugal.Portugal kini dua mata di belakang Brazil yang sudah layak juga lawan terakhir yang akan mereka temui pada peringkat kumpulan. Namun kemenangan itu lebih penting buat Portugal dari segi perbezaan gol ber banding Ivory Coast yang perlu mencipta lebih banyak jaringan pada perlawanan terakhir menentang Korea Utara.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Portugalamuk/Article
http://www.bolasepak.com/content.php/1208-Portugal-berpesta-gol

0 comments:

Post a Comment

klik disini

cerita2 yang lain:

Related Posts with Thumbnails