Tuesday, June 1, 2010

tarikh terima biasiswa JPA bagi sem 1 sesi 2010/2011

JADUAL BAYARAN SECARA ELEKTRONIK BIMB BAGI PROGRAM PENGAJIAN DALAM NEGARA BAGI SEMESTER I 2010/2011


alhamdulillah...setiap manusia diberikan rezeki
oleh Allah SWT...
nikmat dikecapi amat banyak
pelbagai kemudahan pula disediakan untuk makhluk-Nya
tidak kira di daratan mahupun di lautan
hanya manusia yang sentiasa
mensyukuri-Nya sahaja
yang selalu mengucap
"ALHAMDULILLAH"
kepada-Nya

nikmat sebagai pelajar pula
adalah JPA
bertuahnya bila pelajar2 IPTA
mendapat JPA
pelajar tidak perlu membayar balik
malah, kebanyakan pelajar JPA
mendapat pekerjaan melalui SPA
bertuahnya...subhanallah

akan tetapi
setiap pelajar yang mendapat JPA
ingin saya nasihatkan supaya
tidak boros membelanjakan
"rezeki" anda
 
ramai di kalangan mahasiswa/i yang mendapat JPA..
menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepada mereka
ada yang membeli hand phone,
baju baru, baju berjenama, dan banyak lagi
x lupa juga yang suka bergayut dengan pekwe mereka
 
bagi yang mendapat ptptn pula
jangan anda bersedih
anda juga berhak gembira
masih ada perbadanan di dalam negara
yang mahu menolong anda
jika dulu kadar faedah 3 % kini menurun sebanyak 1%
akan tetapi..jgn lupa pula untuk membayar balik
bila sudah mampu membayar...
kerana hutang itu wajib dibayar:


Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya :
“Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham,
maka akan diambil ganti daripada kebaikannya,
kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.


baiklah, untuk menjawab tajuk blog saya pada hari ini ialah:
student yang mendapat JPA di UKM akan mendapat duit pada 17/07/2010
atau boleh klik untuk mengetahui lain-lain universiti:

akhir kata, syukurlah nikmat Allah SWT
& hargailah setiap pemberian orang kepada diri kita, keluarga kita
tidak kira
 yang murah mahupun yang mahal
salam pencinta Allah
Islam tetap bersemadi di hatiku
:)
 

0 comments:

Post a Comment

klik disini

cerita2 yang lain:

Related Posts with Thumbnails